hmm...semua dah update eh pasal camping kat PD...aku update sket jer la pasal aku pun join pagi ahad tu so banyak la sessi yg terlepas kekdahnya. acceli sabtu tu aku ada kerja yang memang tak dapat dielakkan...aku kena settlekan dulu kerja tu baru la aku leh pi berfoya-foya.
Seawal 6 pagi aku dah bangun sebab nak siapkan tempahan cik DeLinn tu...tempahan nasi lemak. Sabtu tu masa aku call cakap datang Ahad pagi, cepat jer dia suh aku masak nasi lemak siap2. sambil2 tunggu nasi lemak masak, aku goreng la mee yang ada dalam peti ais aku tu. pastu madi, siap2 pukul 7.15am aku gerak pi PD. lalu highway jer senang.
Sampai kat PD dalam pukul 8... aku dah terconfius simpang mana yang patut aku masuk. aku call delinn, dia x angkat...OB pun sama...alangz pun sama. Aku rasa naik lenguh dah jari aku ni dial no depa2 ni. nak call org lain, aku tak tau no. So aku tawakal jer la pusing2 antara 2 simpang depan balai bomba tu. Memula aku masuk kat simpang Banglo TM tu, pi ke tapak camping. tapi x der org. Cuak gak aku. dekat 15 minit aku susur jln tu, aku keluar balik main road then masuk simpang 1 lagi...hati aku pun dah hangat dah masa tu..aku dh niat dah, kul 9 aku x jumpa depa ni aku balik KL jer la.
masuk jer simpang tu, dari jauh aku dah nampak beberapa khemah. aku ingat nak tinjau2 jer, bila parking jer keta terus alangz datang jemput aku kat keta. terus melayang kehangatan hati aku tu. alangz angkat bekas nasi lemak, aku pulak terus pi terjun dalam laut ( yaaa...buruk tul perangai anak dara ni). patut la depa2 ni tak jwp pun call aku, rupa2nya dok berendam dalam laut....dasar ikan dugong sungguh.
masuk dalam air, itu banana boat telah berjaya menggoda keimanan aku. so aku pun bising2 la nak naik, cari geng nak ajak naik. cari punya cari, cukup 7 org...yeahhhhhhhh tercapai hajat aku. baru jer boat berlepas, tetiba aku rasa nk terkencing plak. coco yang dok kat blkg aku beria gelakkan aku (aku tau coco...gelak ko tu double meaning). kat tengah laut tu aku dok imagine kalu boat tu tetiba bocor...haru beb. masa dilemparkan dr boat tu, kepala aku terhantuk pada sesuatu...rupa2nya terhantuk kt hidung Coco (hampun coco...sib baik hidung ko tak patah). masa pakai life jacket tu..aku dah cuak tahap gaban dah pasal kaki aku x sampai ke dasar laut....panic giler aku, maklumlah aku ni ada sexperiance lemas masa pi berpoya2 kat sunway lagoon dulu. maka terpaksa la OB & Ita kot yang tarik aku ketepi.
Lepas tu naik jet ski plak...ni aisyah (scandal Dit) yang bawak. Minah ni bwk punya la laju..ketaq kaki aku. aku ni takat merempit kat jln raya ok la tp kalau kat laut ni segala-galanya jadi kecut. Masa dilambung ombak tu, aku dok imagine yang tetiba aku jatuh kat tgh laut tu pastu tetiba ada jerung lalu mkn aku (tinggi sungguh imaginasi aku). masa nak turun dari jet ski tu, dah la minah ni berenti kat tpt dalam..muka cuak aku toksah ckp la...berbakul2 rasanya depa ni gelakkan aku.
tengah2 syok mandi & bergossip ngan delinn..titiba itu Cicakman tarik aku bawak pi tengah laut........uwaaaaaaaaa...dah la aku takut. tapi aku masih berjaya menkontrol diri aku dr berpaut kat Alangz (yg mcm Delinn buat...wakakakakaka)...aku masih mampu mengkontrol diri aku dari bersentuhan dgn bukan muhrim (wakakakakaka...mcm inesen jerk bunyiknya). Last2 Alang tarik balik pi ke tepi setelah aku mengucap dkt 10 kali kot...setelah muka aku mmg mcm nak nangis (sumpah..kalu alangz tarik aku lagi memang aku nangis kat situ gak)
kiranya hari ini dalam sejarah la...aku tak pernah mandi laut selama ni...aku x pernah berani pergi sedalam tu. aku benonya tak suka mandi laut ni...sebab kesannya pada diri aku amatlah lama. pasni siapla aku dok berulang pi klinik jer pasal muka aku ni sensitip sket ngan chy matahari.
Anyway aku mmg happy giler walaupun aku join sekejap jer...walaupun ditengah2 keriangan tu aku dapat call yg bisa buat aku naik hangin (dan aku mmg naik hangin jap masa tu)....walaupun konon2nya aku nak datang kul 12 mlm tu tp aku takut drive sorg2 tgh mlm (sib baik x dtg sbb Par ckp highway PD tu ada hantu)..... walaupun selepas balik dr PD tu aku terus berkejar pi klinik pasal aku sakit kepala dah tahap dewa dewi (siap muntah2 bagai) sebab aku alah dgn cuaca panas ni. tapi dalam keriangan itu aku terfikirkan sesuatu... Andaikata Joe tidak memangkinkan jambatan persahabatan ini, adakah kita semua akan bergelak ketawa, bersenda gurau seperti ini. kita ibaratkan ini sebagai sebuah keluarga yang besar, yang harmoni, yang penuh keceriaan. tak kira jauh dan dekat, berlainan negeri, berlainan negara...akhirnya kita berkumpul & bermuafakat. Anyway Joe...THANKS A LOT.... THANK YOU VERY WELL...
7/17/2007
sepagi di PD
Zass by
Nini
at
11:03 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)





1 comments:
"(yaaa...buruk tul perangai anak dara ni). patut la depa2 ni tak jwp pun call aku, rupa2nya dok berendam dalam laut....dasar ikan dugong sungguh."
Muakakkakakakaka.... tergelak besar akuu baca statement ko ni ninie... wakakakkaka... ikan dugong uolssss..
"Masa dilambung ombak tu, aku dok imagine yang tetiba aku jatuh kat tgh laut tu pastu tetiba ada jerung lalu mkn aku?..."
Wakakakaka... emang nya tinggi imiginasi kamu... aku pun tak terpikir sampai gittew skals...
"walaupun ditengah2 keriangan tu aku dapat call yg bisa buat aku naik hangin (dan aku mmg naik hangin jap masa tu)..."
Perghhhhhh.... gerun gak aku dengar ko menjerit kat staff ko... kalau aku jadik staff ko.. harus mek nangis uols... wakkakakaa..
Ko nie lawak ler nini...
Apapun.. memang happy lah..
Post a Comment