Nape aku x update blog...
Sebab aku malas....
Sebab aku xder mood...
Sebab xder idea nk update apa...
Paling best...sebab aku kena chicken pox.
Kena time ni x leh ar nk manja2 ngan mak dah
tak dpt permit pun nk balik kampung
duk la kt umah mengenang nasib badan
Dah la badan rasa miang2...lenguh2 plak tu
serba x kena rasanya
tapi sian kat hubby aku
aku yang sakit, dia plak yang terseksa
sbb bila aku dah x tahan sakit...aku menyeksa dia
bagi dia sakit sama
paling x boleh blah bila selamba jer aku peluk2 dia
x kan dia x bagi kot bini dia nk peluk kan
harus plak ada yang merajuk panjang plak nanti
huhuhuhu...mintak ampun bang
2 minggu cuti
kena kuarantin kat umah
takleh gi kije
takleh g jalan2
Tapi kalau dah namanya aku
mana leh lepak umah lama2
mau meroyan acik
mula la cari jalan nk suh orang tu bawak kita g merayap
time sakit ni la nk gediks sket
apa mintak sume dapat...hahahahahaha
2 minggu duk umah
masa tengah tenat tu mmg aku lepak dpn tv jer la
dah ok sket tu, aku wat gak la kije umah
x lalu den nk tengok umah mcm tongkang pecah
kemas umah, masak...kemas umah, masak......2 jer la rutinnya
bosan weh...rasa x terbuka minda
tak sabo tul nak baik...nk kuar g kije, g jalan2
siyes talk ar....aku memang x leh jadi fully housewife
time ni la aku rasa cam nk tabik spring kat mak aku
sebab dia leh berenti kije sbb nk jaga anak2.
Aku kena chicken pox ni
terasa juga hikmah nape aku keguguran ari tu
kalau selama ni aku mcm rasa kesal sgt
tapi la ni memang redha giler
yela kan...buatnya la ni aku tgh preggy
lagi banyak masalah jadinya.
La ni nk kata baik sgt tu.....tak gak
walaupun kudis tu dah kering
tapi gatal2 tu still ada
tapi tang kat muka tu
mmg aku belai habis la
jgn bagi ada parut
tapi still ada gak walaupun x clear sangat
huhuhuhu...abis la muka acik yang selama ni bersih dari sebarang parut.
11/24/2009
chicken pox plak daa.....
Zass by
Nini
at
9:33 AM
0
comments
11/06/2009
entry merapu meraban
aku cam vengong jer ari ni.....dah taip, aku delete. Pastu aku taip balik, delete balik.
Oklah, aku tulis jer la dengan harapan (siap ngan jampi serapah tu...hehehehehe) laki aku dah x bukak blog ni (aku tau dia dh lama tak dtg sini & besar sangat kemungkinan url blog aku ni pun dia dh lupa).
Alkisahnya.....
Chenta hati (skrg ni dh jd ex la kan)aku zaman aku student dulu add aku kt fb. Mana dia jupe aku tatau la, maybe dia search nama aku kot. Dalam itu fb aku rasa sudah melambak gambo kawen aku letak then siap letak married ngan sapo (of cos la nama En Zahim kan). Dah cukup buktila kan aku ni dah kawen.
Masalahnya sekarang ni......dia anta email kat aku ni, seolah2 aku ni lum ada laki. Siap kata2 bermadah romantis (acik gelis occay) mengalahkan laki aku plak jiwangnya (sila En Zahim take note occay.....acik gelis tinger ngan kata2 jiwang meleleh ni). Siap ajak dating bagai, pastu bukak plak cite kuch2 hota hei zaman2 aku ngan dia dulu...kush2 hotak hang sungguh. Hari2 aku terpaksa delete email yang dia anta sbb aku xmo la ada masalah di kemudian hari ni.
Yang menjadikan masalah ni bertambah vengong tahap cipan...... satu hari tu aku gatai pi merayap sorang diri kt mall dan terserempak ngan dia. Siyes...kalau aku tau aku akan jumpa ngan dia, aku rela duk diam2 kat office time lunch masa tu. Boleh plak dia cakap doa dia dah termakbul. Aku yang dh nk pitam ni boleh plak pi tanya apa plak yang termakbul lagi???? Jawapannya....janji aku kat dia. Dia ckp aku ilang mcm angin lalu jer, x der kata putus apa. So dia still anggap aku gf dia walaupun kitaorang dah lost contact bertahun lamanya. Pergh...sib baik aku x rebah kt situ gak. Kalau x sapa yg nk rescue anak gajah ni???? Mujur dalam pada aku nk pitam tu, aku masih berpijak di bumi yang nyata. rasa macam nk cabut heel jer, katok pala dia.
Dia nk anta email kt aku tiap hari, hantarlah. Jari aku ni masih mampu nk delete email2 jiwang berkarat dia tu. Ko nk buzz kt ym tetiap saat pun, buzz la. Aku tetap wat donno jer. Mudah2an dia tak tau la no tepon aku. Kang tak pasal2 berkocak plak aku ngan cinta hati aku tu. Now nih aku rasa menda ni adalah mimpi paling ngeri yang sedang aku alami. Cepat2lah mimpi ngeri ni berlalu dari hidup aku...syoh...syoh.
Aku tulis ngan sini pun sekadar nk lepaskan geram. Aku rasa macam unfair la dia nk wat mcm tu kt aku. Kisah aku dan dia berlaku zaman aku muda belia dulu....cinta monyet. Skrg aku dh bukak buku baru ngan org lain, so dia kena la terima hakikat tu. ataupun dia saja nk mainkan aku @ nk uji aku ker.....tu den tatau la kan, x tercapai dek akal den la.
Kalau ada org yang baca cite ni(ada ke org yng baca blog aku ni????), sila abaikan entry meroyan ni. Aku cume nk luahkan apa yg tak mampu luahkan di alam realiti. Kalau yang tetiba terfikir aku syok sendiri ker apa, silakan la nk menyampah ngan aku (aku sedo diri aku x se'cun' mana, saiz pun ala anak gajah). Aku tak luak 1 sen pun. So sebelum aku meroyan merapu dengan lebih meraban lagi, better la aku full stop, titik.
Zass by
Nini
at
1:49 PM
0
comments
10/29/2009
Cuti-cuti Malaysia...Sabah
Sebelum Mek Nik jerit bising2 kat tinger aku, baik aku hapdet cepat2. kang kot dia dah meroyan, payah gak...hiks. Apasal plak minah tu beria suh hapdet???? Sebab tiket flight cuti2 Malaysia ni adalah hadiah kawin aku daripada minah ni. Sket nyer lama kan baru dapat claim...huhuhuhuhu.
Ni baru sampai kt KK. Muka keletihan setelah menunggu 2 jam. We ols tunggu Nik ambik kitaorang bwk pi hotel. Hahahaha...ada ciri2 jadi bapak mithali x???? Kalau gini la gayanya utk selamanya, alangkah sonangnya idup den.
Posing tak kira tempat, sampaikan ada yang tanya kitaorang dari semenanjung ke. Nampak sangat cam tak penah naik jambatan gantung.
Walaupun posing beria...kakiku tetap menggeletar. Cuak giler, dah la tinggi plak tu.
Berlatar belakangkan Gunung Kinabalu......
Den jeles tau sebab den yang berhajat nak masuk kt lubang tu. Tengah berkira2 nak masuk tetiba ada plak ramai orag datang. Terus tak jadi. Sudahnya ini olang sudah curik idea bini dia.
Kitaorang sampai di KK dalam kul 5, memang letih giler. Sian ker hubby la sebab dia yang drive all the way. Dah la hujan plak tu. Before balik hotel, kitaorang singgah kt Jesselton point utk booked tiket ker pulau manukan untuk keesokan harinya.
Hari ke-3, we ols tour island plak. Gi 3 pulau...pulau mamutik, pulau manukan & Pulau sapi. Inilah aktiviti yang ditunggu2 oleh cik abang den.
Sampai jer kat jeti, memang aku dah tak tahan lagi. terus muntah. Malam tu plak dah la aku demam, boleh plak orang tu seret g pasar malam nak cari barang. Adoi la. Sudahnya dia yang pilih, aku duk jer. tak larat dah. Dia boleh cakap plak tuh " selalunya bini abang ni lupa diri kalau shopping, ari ni macam dah jadi orang lain plak" . Huh...sib baik yang cakap tu laki sendiri, kalau tak sendiri mau ingat la kan. balik dari pasar malam tu hubby g kfc beli dinner, aku terus naik bilik. Makan ubat, terus tak sedar diri.
Mujur jugak esoknya tu aku sedar diri, kalau tak haruuuuuuuuuu. Esok tu sementara menanti flight nk balik, kitaorang jln2 sekitar KK jer.
Zass by
Nini
at
11:58 AM
3
comments
10/15/2009
Surat untuk kekasih
Petikan dari e mail yang diterima......
SURAT HAWA KEPADA ADAM
Adam,
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa,temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu. Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mau terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.
Adam,
Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu dia akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya. Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia,kacau-bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa. Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya.Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.
Adam,
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku, bukan kerana sedikitnyabilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi.....aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun.....terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.
Adam,
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Allah swt jua. Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan. Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut.Tapi......realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.
Adam,
Mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang diwaktu yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata. Padahal, kau duduk saja. Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara. Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu? apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?
Adam,
Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong, maka Adam yang patut tanggung!Kenapa? Mengapa begitu ADAM? ! Ramai orang berkata jika anak jahat emakbapak tak pandai didik, jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar! Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini.
Adam,
Seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya? Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?
Adam,
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu, aku adalah pengikut-pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku...akalku satu nafsuku beribu! Dari itu Adam,pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa dan lalai, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya. Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah, perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah sejati......
Jawapan ADAM kepada persoalan HAWA
SURAT ADAM KEPADA HAWA
Hawa,
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Adam,teman yang kepinginkan dirimu semasa kesunyian di syurga dahulu. Kau asalnya dari tulang rusukku yang bengkok.Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupmu sentiasa inginkan bimbingan dariku.Namun begitu Hawa kasihku, kejadianmu dari tulang rusukku yang paling keras. Lebih keras dari kerak nasi.
Hawa,
Kau sinar hidupku. Penuh cahaya kebahagiaan. Namun hanya buat seketika, sebelum kau bosan dengan diriku.Hawa yang kusayangi, aku kau salahkan, atas kesalahan yang kau lakukan.Aku disalahkan, tidak menghulurkan tangan.Aku dipersalah, tidak mendidikmu. Namun tidakkah kau terpikir wahai hawa,bagaimana buntu kami kerna ingin mendidikmu?
Dengarlah kata-kataku ini, dan sangkallah ia jika kata-kataku tidak benar. Marahku padamu kau anggap tidak menyayangi,lalu kau merajuk menjauhkan diri.Tegurku padamu kau anggap menyibuk, mengongkong, menghalang kebebasanmu.Lalu kau meninggikan suara terhadapku.. .Kasarku terhadapmu, kau anggap penganiaan kaum wanita,Lalu kau masukkan ke dalam surat khabar.Ku tegur dengan penuh lemah lembut,kau tak dengar, kau buat main-main. Aku merajuk, kau cakap, "mengada-ngada, buat tu salah, buat ni salah, abg kurung ajelah syg kat dalam botol, baru puas hati abg"
Wahai Hawa yang kuhargai....
Bagaimana lagi harus kami lakukan?Bila kami berbuat baik, langsung tidak terlihatpada matamu,Pabila kami berbuat jahat, cepat saja dikau copy and paste. Jika ingin kami bimbing dirimu sepertimana Rasul Allah S.W.T membimbing para isterinya, mahukah kamu mengikuti kami?Mahukah kamu mengorbankan dirimu demi kami? Mahukah kamu mengorbankan kebebasan dirimu?
Hawa yang kuhormati...
Janganlah terusan membebani kami, dengan kedegilanmu, dengan keegoanmu, kesombonganmu, dengan keangkuhanmu apabila dirimu kau anggap berilmu.Sesungguhnya Hawa,Kami punya tubuh yang kuat,namun kami lemahkan sendi-sendi kami, kami sembunyikan kekuatan kami.
Sesungguhnya Hawa,
Kami punya suara yang kasar, amarah yang kuat, namun kami lembutkan suara kami, kami sabar dengan amarah kami.Tidakkah kau terpikir mengapa? Tidakkah kau hairan dengan layanan kami terhadap kamu? Tidakkah kau pelik, harimau yang mengganas dimedan perang, jinak bila berada dipangkuan kamu? Fikirkanlah mengapa.
Dapat jawapannya?
Dapatkah kau lihat bagaimana baiknya layanan kami terhadap kamu?Sekarang sudahkah kamu lihat apa yang boleh kau pelajari dari kami?Sudahkah kau lihat bagaimana kami cuba mendidikmu?Namun sukar untuk kamu faham wahai Hawa yang kusayangi. Kerana jarang sekali kau memerhati, Kebaikan diri kami, jarang sekali kau sedar, Betapa berhati-hatinya kami cuba mendidikmu, tanpa menyinggung dirimu, tanpa menyakitimu, tanpa melukakan hati Hawa yang kami cintai....
***Renung-renungkan dan selamat beramal :)
Zass by
Nini
at
1:33 PM
0
comments
10/01/2009
Cerita Aidilfitri
Salam pembuka bicara.......
Syawal sudah menginjak hari ke 12, baru kini aku mampu mencoretkan sedikit kata. Bicara Ramadhan tidak sempat aku coretkan disini, namun kenangan ramadhan pertama sebagai seorang isteri tetap terpahat di ruang memori.
Tahun ni tahun pertama kami beraya sebagai suami isteri. Perasaan???? tak tau nak cakap, biasa-biasa jer kot. Cuma rasa lain sket la bila kena cium tangan hubby dulu di pagi raya, selalunya salam cium tangan abah & mak dulu. Pastu lepas solat raya terus bergegas ke rumah mertua.
Raya tahun ni memang terasa kepenatannya. Selama ni aku boleh dikatakan aku hanya jalan raya pada hari pertama aje. Tapi tahun ni, raya ke-7 pun still dok beraya lagi. Maklumlah, keluarga dah bertambah...hiks. Tahun ni beraya di sebelah family aku, tahun depan kena la sebelah family hubby plak......haruskah aku ber'drama swasta' tahun depan ni???? Walaupun jarak umah dia & aku cuma 10 minit perjalanan jer, tapi still ada gak konflik...... "kita tetap selesa berada di rumah sendiri"
Raya ke-3, anak buah hubby bertunang. aku kata kat hubby......raya tahun lepas kita yang bertunang, raya tahun ni kita hantar orang bertunang plak. Alangkah cepatnya masa berlalu.
Dalam pada kami menikmati kemeriahan Aidilfitri, ada debaran yang terpaksa aku lalui. Terdapat ketulan pada mata kanan aku dan doktor belum dapat memastikan samada ianya bahaya atau tidak. Tapi ketulan yang semakin lama semakin membesar itu, sedikit sebanyak merisaukan aku. Mujur hubby ada memberi kekuatan pada aku. Semuanya bergantung pada pemeriksaan doktor pakar nanti. Aku berharap aku mampu melalui keadaan ini dengan kuat dan semoga inya tidaklah seburuk yang aku sangka.
Zass by
Nini
at
12:42 PM
1 comments
8/07/2009
Aku Redha atas KetentuanMU
Serasa baru semalam aku lihat senyuman di wajah hubby bila aku di sahkan hamil. Serasa baru semalam aku mencoretkan berita gembira itu disini. Serasa baru semalam aku melalui 'morning sickness'. Malah sehingga kini aku masih terasa-rasa usapan tangan hubby diperutku. Tetapi semua itu telah berlalu.
Hari ini, ketika aku nukilankan coretan ini....semua yang berlaku semalam adalah kenangan. Bila doktor mengatakan kandunganku lemah dan peluangnya hanya sekadar 50-50.......aku pasrah. Sedih??? Orang yang tiada perasaan aja akan gembira dengan berita ini. Aku cuba menyedapkan hati dengan mengatakan semuanya akan selamat. Tetapi hakikatnya......ianya telah gugur dari rahimku.
Aku tahu hubby terlalu kecewa, namun kekecewaannya itu sedaya upaya disembunyikan demi untuk menguatkan semangatku. Malah sehingga aku menulis coretan ini aku masih menitiskan air mata. Aku tersenyum, sekadar untuk menutup kekecewaan hati.
Aku berharap selepas ini peluang aku bergelar ibu masih ada kerana walaupun tempoh kehamilan aku sekadar 6 minggu, naluri keibuan itu telah meresap dalam jiwaku. Semoga 'rezeki' itu tetap memihak pada kami. Kami Redha atas ketentuanMU
Zass by
Nini
at
11:39 PM
2
comments
7/22/2009
permulaan perjalanan ini
I'm pregnant. Terlalu awalkan tapi dah rezeki. Aku terima dengan penuh kesyukuran. Hubby adalah orang yang paling happy.....senyum sentiasa.
Actually aku sendiri tatau apa perasaan aku....happy??? Aku tatau samada aku dah bersedia atau belum untuk jadi seorang ibu. Aku bukanlah seorang yang menggemari kanak2. Mulai sekarang aku perlu persiapkan mental aku.
Awal-awal ni memang sungguh menyeksakan. Aku dah jadi seorang yang langsung tak bermaya. kadang2 aku rindu gak time2 sihat dulu....pantas jer bergerak. Mujur gak hubby banyak bantu kerja2 kat rumah. Dia siap cakap....biar aku x larat buat kerja2 kat rumah, dia boleh tolong settle kan asalkan jangan aku tak larat nak masak. Itu boleh buat dia jadi kurus...hiks. So far sekarang ni belum ada lagi la alahan nk masuk dapur...still lagi boleh masak walaupun kelajuan tu dah berkurangan.
aduss..puting beliung sudah bertiup kencang dalam perut. Dah terasa macam ada sayap jer, terawang2 jer. Terpaksa la aku terima di awal perjalanan 40 minggu ini.
Zass by
Nini
at
11:04 AM
7
comments




